Harian Metro: Setempat

Berita Harian: Nasional

Utusan Online

BERNAMA - BERITA UTAMA

Sinar Harian: Nasional

Malaysiakini :: BERITA UTAMA

Harakah Daily: Berita Utama

Top News - NST

Top Stories - Google News

Latest Malaysia News | Malaysia News Headlines – Yahoo! Malaysia News

Yusry & Lisa tukar rancangan

Yusry & Lisa tukar rancangan


9 Jan – Bimbang jika saudara mara bakal mengalami kesulitan untuk menghadiri majlis pernikahan mereka, pasangan terkenal Yusry Abdul Halim dan Lisa Surihani Mohamed membuat keputusan untuk menukar lokasi dan waktu pernikahan yang telah pun dirancang sebelum ini.
Jika sebelum ini dijadualkan bernikah di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya selepas solat Asar pada 23 Februari akan datang, kini Yusry dan Lisa sebulat suara memilih untuk disatukan selepas solat Maghrib di Hotel Marriot, Putrajaya.
"Kami mengambil keputusan untuk menukar waktu dan lokasi kerana jangka masa Asar ke Maghrib sekejap, jadi kami tidak mahu menganggu jemaah lain di masjid. Secara kebetulan, tarikh nikah kami berlangsung pada hari Khamis dan ramai yang bekerja ketika itu.
"Agak kelam kabut sekiranya mereka perlu tiba pada waktu Asar. Oleh itu jalan yang terbaik adalah menukar kepada Maghrib dan sesuai kerana malam Jumaat. Saya bersyukur kerana mempunyai kekosongan dewan ketika itu," jelas Lisa yang bakal menghadiri kursus kahwin bersama bakal suaminya itu.

 BERITA SEMASA DAN BERITA TERKINI

Masih lagi belum memilih penaja untuk majlis nikah dan resepsi, aktres "Ombak Rindu" ini bakal menggayakan busana rekaan Cosry pada kedua majlis berkenaan yang dibeli menggunakan duit hasil titik peluhnya sendiri.
"Kami terbuka jika ada yang ingin menaja. Ada menerima beberapa tawaran tetapi masih belum dipilih sehingga kini. Kami hanya akan memakan sepasang baju sahaja dan saya berpuas hati kerana pakaian dibeli oleh kami sendiri," ujar Lisa lagi.
Walaupun sibuk dengan kerjaya memandangkan dia bakal memasuki lokasi penggambaran filem "Ular" selama 25 hari bermula 11 Januari akan datang, Lisa bersyukur kerana saudara mara dan teman rapat banyak membantu agar majlis berlangsung dengan lancarnya.
Majlis resepsi mereka bakal diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC), Putrajaya, tiga hari selepas diijabkabulkan.

BERITA SEMASA DAN BERITA TERKINI

source: yahoo news 

No comments:

Post a Comment