Harian Metro: Setempat

Berita Harian: Nasional

Utusan Online

BERNAMA - BERITA UTAMA

Sinar Harian: Nasional

Malaysiakini :: BERITA UTAMA

Harakah Daily: Berita Utama

Top News - NST

Top Stories - Google News

Latest Malaysia News | Malaysia News Headlines – Yahoo! Malaysia News

Deja vu – Rasa hati seorang isteri

Deja vu – Rasa hati seorang isteri

Pagi Isnin  9 Januari  2012 ini Sang Suami akan dijatuhkan hukum. Perbicaran selama dua tahun ini telah menduga  sekali lagi  kesetiaan   hati seorang isteri. Pada tahun 1998 dahulu Sang Suami  telah dipenjarakan  selama  enam tahun. Ketika  Sang Suami  dalam penjara  dunia telah memerhatikan kesetiaan dan kegigihan seorang isteri dan seorang  ibu yang bernama  Wan Azizah binti Wan Ismail.
" Semuanya deja vu, "   kata Wan Azizah untuk menerangkan kes yang dihimpapkan keatas suaminya. Pada tahun 1998 dahulu Anwar Ibrahim telah dituduh meliwat pemandu peribadinya.  Dua tahun dahulu  Anwar Ibrahim  telah  sekali lagi dituduh meliwat. Kali ini tuduhan datang dari anak muda   pembantu pejabatnya. Tuduhan kedua ini tidak banyak berbeza dari tuduhan pertama. Malah ada beberapa para  'pelakon'  lama  masih lagi memainkan peranan yang sama.
" Dimana-mana pun dalam dunia ini kes seperti ini  tidak akan dibawa ke mahkamah. Pembaziran duit cukai orang ramai.  There is no penetration," Wan Azizah menerangkan fakta-fakta  yang telah didengari dari mahkamah.

" It's not very nice to put an old man  in prison, " suaranya sebak sayu apabila Wan Azizah membuka surah tentang bagaimana  Anwar Ibrahim telah dimasukkan ke dalam sel tahanan. Wan Azizah tunduk sedih mengingatkan  bagaimana Sang Suami dipagari oleh jeriji besi seperti binatang dalam zoo.
Kesetiaan dan kegigihan seorang isteri ini telah berkali-kali diduga. Apabila Anwar Ibrahim dalam penjara  Wan Azizah telah berjaya membina Parti Keadilan Nasional. Sokongan rakyat yang mengampoh pada pilihan raya  tahun 1999 dahulu telah membawa Wan Azizah  ke dalam Parlimen.  Parti Keadilan Nasional  ini  kemudiannya bergabung dengan Parti Rakyat untuk menjadi Parti Keadilan Rakyat.

BERITA SEMASA DAN BERITA TERKINI
 
Dugaan demi dugaan terus  dihadapi oleh Wan Azizah. Bayangkan bagaimana malunya Sang Isteri apabila Sang Suami dituduh curang. Bermain kayu tiga dengan perempuan pelbagai bangsa. Bayangkan juga betapa tebalnya muka Sang Isteri apabila Sang Suami dituduh meliwat budak pejabat.  Bayangkan juga bagaimana rasanya apabila ada klip video  yang menuduh Sang Suami melanggan seorang pelacur Siam disebuah hotel murah. Semua ini diterima dengan penuh kesetiaan oleh Wan Azizah.
" Mustahil klip video itu Anwar. Saya tengok gambar hidungnya saja saya sudah tahu... bukan Anwar.... Anwar lebih kacak.. Kita tahu sama ada jam Rolex itu dari Petaling Street atau jam tiruan..kita  tahu yang asli atau yang tiru, "  Wan Azizah  ketawa kecil sambil mengalihkan mukanya ke arah pentas ceramah dimana Anwar Ibrahim sedang memberi amanat terakhir pada malam sebelum hukuman dijatuhkan. Amanat akhir ini telah didengari oleh hampir 6,000 penyokong di Padang Kelab Sultan Sulaiman Kampong Baru.
Hari ini, mengikut kata Wan Azizah, semakin ramai anak-anak muda yang mula menyedari apa yang sedang berlaku dalam negara ini. Sama seperti dizaman Reformasi 1998 dahulu anak-anak sekolah dan para pelajar telah disedarkan dengan kes 'Liwat Anwar Ibrahim'. Dimana  sahaja ceramah penerangan  diadakan  beribu-ribu orang ramai datang mendengar. Untuk Wan Azizah ini satu petanda yang amat baik.
" Saya selalu menerima sms mengutuk saya kerana bersuamikan seorang  peliwat. Saya tidak peduli. Saya tahu apa yang saya  buat. Saya melakukan apa yang wajib dilakukan dengan keredahaan Allah. Hanya Allah yang jadi petunjuk."
Dugaan paling akhir  terhadap Wan Azizah berlaku malam kelmarin di Permatang Puah — bekas kawasan Parlimen Wan Azizah sendiri.  Wan Azizah dengan pantas mengambil talipon bimbitnya  untuk menunjukkan gambar tangan pengawal pribadinya  yang telah terguris luka.
" Serangan ini berlaku kepada pengawal pribadi saya. Tapak tanganya telah diguris oleh sesuatu yang tajam. Maybe it was an injection of sedative.  Untuk siapa dadah ini? " Wan Azizah bertanya tanpa ada sesiapa memberi jawapan.
Berita serangan keatas pengawal peribadi Wan Azizah ini telah memeranjatkan orang ramai. Mengikut surah Wan Azizah kadangkala pengawal pribadi ini juga menjadi pemandu.  Jika pemandu ini  pitam mungkin kereta yang dipandunya akan terbabas atau berlaku kemalangan. Mungkin inilah tujuan serangan itu. Mungkin.
" Tangannya berdarah dan dia jatuh pengsan. Alhamdulillah ... saya diberitahu keadaan dia kini semakin stabil.  Saya berserah kepada Allah. Hidup ini satu dugaan. Hidup ini juga banyak yang  memeranjatkan".
" Dua minggu dahulu  keluarga kami telah pergi bercuti  tiga hari ke Phuket.   Dekat saja...kami anak beranak ingin berapat-rapat. Tapi saya terpaksa menjaga cucu. Terlupa pulak bawa kereta sorong ... kena pakai trolley macam di gedung membeli belah," Wan Azizah ketawa gembira bercerita tentang keluarganya.
" Saya cukup senang hati bermain dengan anak-anak cucu. Kami main Angry Bird. Ini yang mengembirakan dalam hidup saya ketika ini. I want to be a good grand mother. Tapi saya terpaksa belajar guna I-Pad dari cucu saya. Nampaknya mereka lebih bijak."
Wan Azizah  yang baru saja melintasi 60 tahun terhenti bercakap sebentar apabila ditanya apa yang ada dalam kepalanya sekarang. 'Sekarang' maknanya tidak lama lagi  Tuan Hakim  di Mahkamah Jalan Duta akan membuat keputusan  tentang kes liwat suaminya
" Pasti  hati dan jiwa saya kurang tenteram. Luka lama dibuka kembali."
Apabila ditanya apakah agaknya kata-kata Tuan Hakim pada pagi Isnin. Wan Azizah Wan Ismail merenung meja sebentar kemudian dia bersuara. Suaranya antara kedengaran dengan tidak.
" I don't know...it could go either way."
Senyap seketika dan kemudian dia berkata,  " Di Pilihanraya Umum nanti jika  semuanya  telus dan tidak ada penipuan Pakatan Rakyat akan menubuhkan kerajaan. Rakyat sudah bersedia untuk berubah."

BERITA SEMASA DAN BERITA TERKINI

source: yahoo news 

No comments:

Post a Comment