Harian Metro: Setempat

Berita Harian: Nasional

Utusan Online

BERNAMA - BERITA UTAMA

Sinar Harian: Nasional

Malaysiakini :: BERITA UTAMA

Harakah Daily: Berita Utama

Top News - NST

Top Stories - Google News

Latest Malaysia News | Malaysia News Headlines – Yahoo! Malaysia News

Fasha Sandha belum berkahwin

Fasha Sandha belum berkahwin

15 Jan - Sebelum ini timbul khabar angin bahawa beliau sudah pun bernikah di Thailand. Namun kisah tersebut dinafikan sekeras-kerasnya oleh tuan empunya badan, Fasha Sandha.
"Saya masih lagi bujang dan belum bernikah. Itu semua adalah berita palsu yang disebar dan dicanang di beberapa blog hiburan tanah air," ujar Fasha selepas sidang media Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 baru-baru ini.
Khabar angin ini timbul selepas satu sumber yang merupakan seorang bekas wartawan hiburan memberitahu bahawa Fasha dan kekasihnya, Jejai sudah pun selamat dinikahi beberapa bulan lalu.

BERITA SEMASA DAN BERITA TERKINI

Ia disebabkan oleh perkahwinan mereka yang tidak direstui oleh ibu Jejai yang dikatakan masih lagi menyayangi bekas isteri Jejai, aktres Nora Danish.
"Saya memang sudah bersedia untuk berkahwin dan usia saya juga bukan semakin muda. Saya akan berkongsi detik istimewa tersebut bersama media dan peminat saya. Cuma buat masa ini, berilah saya ruang untuk menjalani kehidupan seperti biasa," kata Fasha lagi.
Fasha bakal berentap bersama Nora Danish dan tiga aktres lain iaitu Rozita Che Wan, Scha Al-Yahya dan Tiz Zaqyah untuk kategori Pelakon TV Wanita Popular.

BERITA SEMASA DAN BERITA TERKINI

source: yahoo news