Harian Metro: Setempat

Berita Harian: Nasional

Utusan Online

BERNAMA - BERITA UTAMA

Sinar Harian: Nasional

Malaysiakini :: BERITA UTAMA

Harakah Daily: Berita Utama

Top News - NST

Top Stories - Google News

Latest Malaysia News | Malaysia News Headlines – Yahoo! Malaysia News

DJ Lin nak jadi penyanyi?


DJ Lin nak jadi penyanyi?




5 Jan – Penyampai radio di stesen Suria FM yang sinonim dengan program Suria Cinta, DJ Lin telah memperdengarkan single lagu pertamanya ketika meraikan sambutan hari jadi yang ke-36 bersama peminat baru-baru ini.
Berjudul "Ranting Kenangan", lagu oleh komposer Eddie Hamid ini berkisarkan perjalanan hidupnya sejak mula menceburi industri sebagai penyampai radio 10 tahun lalu sehinggalah berjaya menapakkan namanya.
"Tujuan saya bukanlah untuk menyaingi penyanyi yang sedia ada mahupun menjadikan sebagai kerjaya. Sebaliknya ia sekadar memenuhi permintaan peminat," ujarnya yang gemar berkaraoke sekiranya mempunyai waktu lapang.

BERITA SEMASA DAN BERITA TERKINI 

DJ Lin yang bersyukur dengan kejayaannya sepanjang tahun 2011 telah berjaya merangkul dua anugerah di Anugerah Seri Angkasa untuk kategori Penyampai Radio Wanita Terbaik dan juga Rancangan Interaktif Radio Terbaik untuk Suria Cinta berharap 2012 akan membawa lembaran bagu sekaligus menghadiahkan kejayaan dalam setiap yang dilakukannya.
Kelab peminatnya, Fan DJ Lin Cintamania telah menganjurkan majlis tersebut yang diadakan di Red Box Ria Sogo, Kuala Lumpur pada 30 Disember 2011 bermula daripada jam 8.00 malam.
Lebih 100 orang tetamu termasuk media dan peminat telah hadir memeriahkan majlis yang turut diserikan dengan pelbagai aktiviti menarik.

BERITA SEMASA DAN BERITA TERKINI

source: yahoo news

No comments:

Post a Comment