Harian Metro: Setempat

Berita Harian: Nasional

Utusan Online

BERNAMA - BERITA UTAMA

Sinar Harian: Nasional

Malaysiakini :: BERITA UTAMA

Harakah Daily: Berita Utama

Top News - NST

Top Stories - Google News

Latest Malaysia News | Malaysia News Headlines – Yahoo! Malaysia News

PAS sasar peningkatan undi Melayu empat peratus

PAS sasar peningkatan undi Melayu empat peratus

KUALA LUMPUR, 2 Jun — PAS mesti memberi tumpuan untuk menambah sokongan pengundi-pengundi Melayu sehingga empat peratus, tegas presidennya, Datuk Seri Hadi Awang.
Hadi (gambar) dalam ucapannya sewaktu Himpunan Hijau Menuju Putrajaya di Alor Star semalam menegaskan PAS mempunyai tanggungjawab berat yang perlu bagi menarik undi Melayu kepada parti tersebut.

“Antara langkah yang perlu diambil PAS adalah meyakinkan masyarakat Melayu bahawa PAS benar-benar bersedia untuk memimpin negara dan akan memartabat masyarakat Melayu dengan mendaulatkan Islam.

“Selain itu, ahli PAS perlu menyedarkan masyarakat Melayu dengan isu-isu yang mereka mempunyai kepentingan langsung seperti isu FELDA, pengambilan dan rampasan tanah, majoriti masyarakat Melayu yang terpinggir dan salah urus wang zakat,” tambah Ahli Parlimen Marang ini lagi.

Menjadikan masyarakat Melayu bandar dan golongan Melayu kelas pertengahan sebagai agen perubahan penting kepada pengundi-pengundi Melayu luar bandar turut menjadi matlamat parti komponen Pakatan Rakyat ini lagi

Jelas Hadi, bagi tujuan tersebut, partinya akan menggunakan bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri untuk melaksanakan perancangan mereka itu.

Selain itu, PAS turut mensasarkan untuk mendekati golongan-golongan yang berpengaruh besar dari kalangan pengundi-pengundi Melayu seperti penjawat awam dan pertubuhan masyarakat sivil.
Justeru, sambutan himpunan tersebut turut melihatkan penyertaan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi, Datuk Profesor Dr Nik Zain Nik Yusof menyerahkan borang menjadi ahli PAS.
 Penyertaan Nik Zain itu dibuat dihadapan Hadi di depan lebih 100,000 ahli dan penyokong PAS di Stadium Darul Aman.

PAS dilihat mula merekrut golongan professional bekas pegawai kerajaan untuk menyertai parti tersebut bagi membolehkan mereka menerima sokongan pengundi Melayu dengan pilihan raya yang dijangka berlangsung tidak lama lagi.

Nik Zain telah menjawat jawatan sebagai KSU sejak 1998 hingga 2002 di kementerian tersebut.
Sebelum ini, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari telah menyerahkan borang keahlian PAS secara rasmi.

Selain itu, Hadi turut mengambil kira sayap pemuda dan muslimat parti bagi menggembleng tenaga untuk meraih sokongan pengundi muda di bandar yang juga merupakan pengundi kali pertama sewaktu Pilihan Raya Umum ke-13 ini.

“PAS melalui Dewan Pemuda PAS perlu memberi tumpuan yang besar kepada pengundi-pengundi muda yang sebahagian besar mereka berada di bandar-bandar.

“Dewan Muslimat juga perlu mengekang dan mengurangkan sokongan kaum wanita kepada BN dan juga mendekati dengan berakhlak penggerak-penggerak KEMAS yang sebahagian besarnya dari kalangan kaum wanita,” katanya.

Hadi turut menegaskan, Dewan Ulama perlu mendekati golongan agamawan dan NGO-NGO Islam untuk meyakinkan mereka bahawa Pakatan Rakyat bersedia memikul amanah ke arah pemerintahan yang adil dan ihsan.

“PAS melalui Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) akan terus mendekati para pengundi bukan Islam untuk meyakinkan mereka dengan slogan ‘PAS for All’.”

Hadi turut menggesa semua ahli PAS mesti mendekati para pegawai kerajaan termasuk ahli-ahli pasukan keselamatan seperti anggota tentera, polis dan RELA di samping penyokong-penyokong Umno dengan akhlak yang terpuji supaya mereka beralih menyokong perjuangan Islam yang dipelopori oleh PAS.

“Sekiranya PAS dan PR diberi kepercayaan memimpin Malaysia kesemua mereka akan dilayan sama adil sebagaimana tuntutan Islam, dan seperti yang dipelajari dari Sirah Rasulullah s.a.w. tidak akan wujud gejala membalas dendam terhadap mana-mana pihak,” tambahnya lagi.

sumber:

No comments:

Post a Comment