Harian Metro: Setempat

Berita Harian: Nasional

Utusan Online

BERNAMA - BERITA UTAMA

Sinar Harian: Nasional

Malaysiakini :: BERITA UTAMA

Harakah Daily: Berita Utama

Top News - NST

Top Stories - Google News

Latest Malaysia News | Malaysia News Headlines – Yahoo! Malaysia News

PAS sasar peningkatan undi Melayu empat peratus

PAS sasar peningkatan undi Melayu empat peratus

KUALA LUMPUR, 2 Jun — PAS mesti memberi tumpuan untuk menambah sokongan pengundi-pengundi Melayu sehingga empat peratus, tegas presidennya, Datuk Seri Hadi Awang.
Hadi (gambar) dalam ucapannya sewaktu Himpunan Hijau Menuju Putrajaya di Alor Star semalam menegaskan PAS mempunyai tanggungjawab berat yang perlu bagi menarik undi Melayu kepada parti tersebut.

“Antara langkah yang perlu diambil PAS adalah meyakinkan masyarakat Melayu bahawa PAS benar-benar bersedia untuk memimpin negara dan akan memartabat masyarakat Melayu dengan mendaulatkan Islam.

“Selain itu, ahli PAS perlu menyedarkan masyarakat Melayu dengan isu-isu yang mereka mempunyai kepentingan langsung seperti isu FELDA, pengambilan dan rampasan tanah, majoriti masyarakat Melayu yang terpinggir dan salah urus wang zakat,” tambah Ahli Parlimen Marang ini lagi.

Menjadikan masyarakat Melayu bandar dan golongan Melayu kelas pertengahan sebagai agen perubahan penting kepada pengundi-pengundi Melayu luar bandar turut menjadi matlamat parti komponen Pakatan Rakyat ini lagi

Jelas Hadi, bagi tujuan tersebut, partinya akan menggunakan bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri untuk melaksanakan perancangan mereka itu.

Selain itu, PAS turut mensasarkan untuk mendekati golongan-golongan yang berpengaruh besar dari kalangan pengundi-pengundi Melayu seperti penjawat awam dan pertubuhan masyarakat sivil.
Justeru, sambutan himpunan tersebut turut melihatkan penyertaan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi, Datuk Profesor Dr Nik Zain Nik Yusof menyerahkan borang menjadi ahli PAS.
 Penyertaan Nik Zain itu dibuat dihadapan Hadi di depan lebih 100,000 ahli dan penyokong PAS di Stadium Darul Aman.

PAS dilihat mula merekrut golongan professional bekas pegawai kerajaan untuk menyertai parti tersebut bagi membolehkan mereka menerima sokongan pengundi Melayu dengan pilihan raya yang dijangka berlangsung tidak lama lagi.

Nik Zain telah menjawat jawatan sebagai KSU sejak 1998 hingga 2002 di kementerian tersebut.
Sebelum ini, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari telah menyerahkan borang keahlian PAS secara rasmi.

Selain itu, Hadi turut mengambil kira sayap pemuda dan muslimat parti bagi menggembleng tenaga untuk meraih sokongan pengundi muda di bandar yang juga merupakan pengundi kali pertama sewaktu Pilihan Raya Umum ke-13 ini.

“PAS melalui Dewan Pemuda PAS perlu memberi tumpuan yang besar kepada pengundi-pengundi muda yang sebahagian besar mereka berada di bandar-bandar.

“Dewan Muslimat juga perlu mengekang dan mengurangkan sokongan kaum wanita kepada BN dan juga mendekati dengan berakhlak penggerak-penggerak KEMAS yang sebahagian besarnya dari kalangan kaum wanita,” katanya.

Hadi turut menegaskan, Dewan Ulama perlu mendekati golongan agamawan dan NGO-NGO Islam untuk meyakinkan mereka bahawa Pakatan Rakyat bersedia memikul amanah ke arah pemerintahan yang adil dan ihsan.

“PAS melalui Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) akan terus mendekati para pengundi bukan Islam untuk meyakinkan mereka dengan slogan ‘PAS for All’.”

Hadi turut menggesa semua ahli PAS mesti mendekati para pegawai kerajaan termasuk ahli-ahli pasukan keselamatan seperti anggota tentera, polis dan RELA di samping penyokong-penyokong Umno dengan akhlak yang terpuji supaya mereka beralih menyokong perjuangan Islam yang dipelopori oleh PAS.

“Sekiranya PAS dan PR diberi kepercayaan memimpin Malaysia kesemua mereka akan dilayan sama adil sebagaimana tuntutan Islam, dan seperti yang dipelajari dari Sirah Rasulullah s.a.w. tidak akan wujud gejala membalas dendam terhadap mana-mana pihak,” tambahnya lagi.

sumber:

Pilihan raya waktu haji untuk selamatkan BN?

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjangkakan, perdana menteri akan mengadakan pilihan raya umum ke-13 pada September depan ketika musim haji bagi memastikan kejayaan BN.

Tindakan itu didakwa diambil ekoran banyak penyokong PAS akan mengerjakan haji pada masa itu, kata Abdul Hadi.

Anggota parlimen Marang itu berkata, Umno sebagai parti tunjang BN akan menggunakan pelbagai kaedah untuk mengelakkan isu sebenar berhubung membersihkan sistem pilihan raya sebelum pengundian.

Abdul Hadi berkata demikian dalam sidang media selepas program "Munajat dan Himpunan Hijau ke Putrajaya" di ibu pejabat PAS Kedah di Kota Darul Aman hari ini.

sumber:

‘Kami ada bukti’

‘Kami ada bukti’: KUALA LUMPUR: “Kami tidak pernah melakukan ‘superimpose’ atau berniat mengaibkan dia. Apa yang kami paparkan pada blog itu benar dan kami ada bukti sahih,” kata Nor Hamzie Hambali, 27, juga pemilik blog hiburan popular, RotiKaya.com menjawab dakwaan pelakon, Melia Aimelia mengenai penyebaran gambar bogelnya baru-baru ini.

Dirang dibunuh

Dirang dibunuh: JOHOR BAHRU: Misteri kehilangan kanak-kanak berusia lima tahun, Nurul Nadirah Abdullah, dari kediamannya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam pada 1 Mac lalu terjawab apabila polis mengesahkan dia mati dibunuh.

Lima rakan didakwa cuba bunuh seorang lelaki

Lima rakan didakwa cuba bunuh seorang lelaki: KUALA LUMPUR: Lima rakan, dua daripadanya adik-beradik, hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Selayang di sini terhadap tuduhan cuba membunuh seorang lelaki dengan membakarnya menggunakan minyak petrol, bulan lepas.

Suspek kes bunuh Dirang akan didakwa di mahkamah secepat mungkin

Suspek kes bunuh Dirang akan didakwa di mahkamah secepat mungkin: PASIR GUDANG: Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, polis sedang berusaha menyiapkan kertas siasatan kes bunuh dan bakar kanak-kanak malang, Nurul Nadhirah Abdullah, 5, secepat mungkin bagi membolehkan suspek kes itu dihadapkan ke mahkamah dengan segera.

Nurul: Dad wouldn't be the only one with a black eye

PKR vice-president Nurul Izzah Anwar today said if it was not for the intervention of supporters at a ceramah in Gambang, Pahang yesterday, she could well have suffered a black eye. 

 “It was inches away, you don’t want to measure, it was very unpleasant,” she said at the PKR headquarters in Petaling Jaya after lodging a report at the Tropicana police station. 
According to Nurul ( left in photo ), the attacker, clad in a red shirt, had slowly inched into the coffee shop in Felda Lepar Hilir 1 where a PKR ceramah was being held, before launching his arm at her. 

 “If our supporters had not parried it, then (opposition leader) Anwar Ibrahim would not be the only one with a black eye,” she said in reference to the infamous incident where then-inspector-general of police Abdul Rahim Noor had punched her father. 

 Nurul Izzah revealed that local police in Gambang had identified the attacker as Asrullah Affendi Abdullah. However no further information was available. 

She added that local PKR leaders in Gambang has also lodged a police report over the incident this morning and called on police to release their video of the incident as she had spotted a plainclothes officer recording the event that night. 

‘Insults hurled at us’ 

The PKR vice-president, accompanied by PKR communications director Nik Nazmi Nik Ahmad had arrived at the coffeeshop at around 9.30pm to find that some 30 people, wielding Umno and BN flags at another coffeeshop next door, were blasting loud music to drown out the ceramah speakers. Nurul added that the heckling became worse when she began to speak at 10.30pm, as they inched into the ceramah and were “metres away”, hurling abuse at the participants on top of singing the Umno anthem. “They shouted for Nik Nazmi to go back to Selangor, for me to go back to Lembah Pantai and called Anwar a sodomite, it was very demeaning. “I tried to calm them down, I said we’re all 1 Malaysia, you know, we had to try, but...” Nurul said that it was around this time, where she had barely been able to speak for more than three minutes, when the attacker launched himself at her. “There were about 100 people at the ceramah and they were very patient with all the heckling, they may not necessarily be supporters but they wanted to hear what we had to say,” she said. After the attempted attack, Nurul Izzah said they moved farther into the shop. However, the situation was too tense to continue and they were forced to leave. “When we wanted to leave, the group attempted to block us, about four or five Felda auxiliary police had to be called in to escort us out,” she said. ‘Police also became victims’ Nurul Izzah added that before the fiasco, around 10 uniformed and plainclothes police were present as organisers had informed police of the event, and police had attempted to calm the hecklers, but to no avail. However she commended the police effort, pointing out that even they had been abused by the group. “When the police were negotiating with us the group shouted: ‘Why you are talking to the opposition, why are you supporting the opposition’,” she said. Nurul added that she believe the group was made up of Umno supporters, stating: “They could sing the entire Umno song from memory and they had brought Umno and BN flags.” The ceramah was situated within the Paya Besar parliamentary constituency helmed by Umno’s Abdul Manan Ismail. Expressing shock, Nurul Izzah condemned the physical intimidation, adding that even if Umno wanted to hold ceramah in Pakatan Rakyat-led Selangor they were granted the avenue to do so. “We are not interested in any drama, we just want to get on with our work,” she said. Merely hours before this incident, a group of people who were heard chanting pro-Umno slogans had disrupted an anti-Lynas rally in Penang, and two journalists were injured. Such incidents appears to be on the rise as PKR makes its foray into Felda areas in the face of a looming general election. Last week, opposition leader and PKR de facto Anwar Ibrahim’s ceramah in Sembrong, Johor was met with violence after Umno supporters allegedly threw stones, pieces of wood and firecrackers, as well as kicking at his Mercedes Benz, resulting in a cracked windscreen and a dented door.

Valentine: Nazri Aziz perlekeh kesucian agama Islam, kata Nasrudin

 










Oleh Syed Mu’az Syed Putra

KUALA LUMPUR, 15 Feb — Ketua Dewan Pemuda PAS pusat Nasrudin Hassan menyifatkan Datuk Seri Nazri Aziz memperlekehkan kesucian agama Islam kerana mempersoalkan pengharaman sambutan Hari Kekasih di kalangan penganut agama itu.
“Itu menunjukkan betapa dangkalnya beliau (Nazri), beliau juga telah memperlekehkan kesucian agama Islam kerana mendorong umat Islam melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam,” kata Nasrudin (gambar) kepada The Malaysian Insider.
Tegas beliau, Nazri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, perlu menarik balik kenyataan itu dan meminta maaf kepada umat Islam di negara ini.
“Kalau beliau seorang yang bertanggungjawab saya nasihatkan beliau agar tidak membuka ruang untuk umat Islam melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam dan rujuk perkara ini kepada Majlis Fatwa Kebangsaan.

“Saya minta beliau tarik balik kenyataan itu dan memohon maaf kepada seluruh umat Islam,” katanya.
Semalam Nazri berkata, orang Islam seharusnya dibenarkan untuk menyambut Hari Kekasih.
“Kenapa tidak boleh disambut? Saya tidak bersetuju ... ia bukannya satu bentuk sembahyang,” katanya.
Menteri berkaitan undang-undang ini turut mengulas kenyataan menteri berkaitan Islam Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang berkata pihak berkuasa agama Islam akan melancarkan kempen besar-besaran seluruh negara bagi mencegah umat Islam menyambut Hari Kekasih semalam.
Beliau turut mengkritik PAS kerana melaksanakan kempen menetang Hari Kekasih, dan menambah usaha seperti itu adalah “mengarut”.
Pada Jumaat lalu, Khutbah Jumaat turut melarang umat Islam meyambut sambutan Hari Kekasih kerana Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) menyatakannya bertentangan dengan ajaran Islam.

source: yahoo news