Harian Metro: Setempat

Berita Harian: Nasional

Utusan Online

BERNAMA - BERITA UTAMA

Sinar Harian: Nasional

Malaysiakini :: BERITA UTAMA

Harakah Daily: Berita Utama

Top News - NST

Top Stories - Google News

Latest Malaysia News | Malaysia News Headlines – Yahoo! Malaysia News

Shahrukh Khan tak tahan berlakon di Malaysia?

Shahrukh Khan tak tahan berlakon di Malaysia?
Nama aktor Bollywood terkenal, Shahrukh Khan bukanlah satu nama asing dalam industri perfileman dunia. Malah disebabkan popularitinya itu juga telah berjaya mendapat perhatian pihak kementerian Melaka sehinggakan mendapat gelaran Datuk.
Selepas filem "Ra One", kini Shahrukh Khan atau kadangkala dikenali sebagai SRK tampil semula dengan filem aksi sekuel "Don 2". Filem ini sudah pun berada di pawagam tempatan pada 23 Disember lalu.
Ikuti temubual bersama aktor berusia 46 tahun ini.
Ceritakan tentang watak anda dalam filem "Don 2".
Saya memegang watak utama iaitu Don yang merupakan seorang lelaki yang lahir daripada latar belakang kacau bilau. Don merupakan seorang lelaki yang berani untuk membunuh musuh dan merosakkan seseorang tanpa rasa belas kasihan. Dia melakukan perkara tersebut adalah untuk mendapatkan kepuasan sendiri. Saya juga dapat gambarkan Don sebagai karakter kartun ganas tetapi pada masa yang sama kelakar.
Bagaimanakah pengalaman anda berlakon di Berlin, Jerman?
Ahh, itu antara pengalaman berlakon yang tidak dapat saya lupakan kerana terpaksa menahan kesejukan ketika suhu berada di tahap terendah di antara –3 ke –4 darjah selsius. Mungkin babak yang dilakonkan tampak sekejap tetapi untuk melakonkan watak tersebut terlebih dahulu pasti dilakukan berulang kali bagi mendapatkan hasil yang terbaik. Saya juga bersyukur kerana diberikan kumpulan yang bagus, setiap kali babak berakhir mereka akan segera menutupi badan saya dengan selimut dan ini merupakan antara detik manis bersama mereka.
Anda juga turut berada di Malaysia untuk penggambaran "Don 2". Boleh berkongsi pengalaman anda sepanjang berada di sini?
Wow! Malaysia merupakan sebuah negara yang cantik dan aman. Saya berada di sini lebih kurang 5 hari dan kami melakukan penggambaran di sebuah penjara di Melaka. Suhu di sini pula terlampau panas di mana lebih kurang 40 darjah selsius.Terus terang saya akui tidak tahan dengan cuaca panas di Malaysia. Tambahan pula ianya agak berlainan dengan situasi ketika di Jerman. Selain itu juga saya mengalami kesukaran di mana Don mengenakan rambut panjang ketika berada di penjara. Ia telah menyebabkan kegatalan aoabila berpeluh. Keadaan tersebut menyukarkan saya untuk menghayati watak. Selebihnya baik-baik sahaja.
"Don 2" merupakan filem bergenre aksi. Adakah sukar memainkan watak ini?
Pada saya ianya agak mencabar. Untuk menjadi bagus tidak mungkin kerana skil berlawan perlukan masa yang panjang untuk menjadi profesional. Tapi apa yang boleh saya katakan, pertolongan dari pihak Jerman sememangya membantu. Saya dapat mempraktikkan beberapa skil dengan baik hasil daripada latihan yang diberikan. Tidak sah jika berlawan tidak luka, ya. Ada sedikit luka di bahagian anggota badan saya, tetapi tidak serius.
Anda berpeluang bekerjasama dengan pengarah terkenal Farhan Akhtar, adakah beliau merupakan pengarah yang bagus?
Ya, dia sememangnya pengarah yang berbakat dan sangat prihatin terhadap pelakonnya. Beliau melayan kami bagus contohnya apabila visual yang telah dihasilkan dikritik bersama. Farhan juga dapat dilihat cuba sedaya upaya untuk menyelami perasaan seseorang pelakon agar beliau sendiri dapat menghayati babak yang bakal disampaikan. Ini merupakan contoh pengarah yang bagus.
Sebelum berakhir, apakah harapan anda untuk filem "Don 2"?
Saya sebenarnya takut untuk menerima kritikan peminat. Saya sudah cuba sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik dalam filem ini. Apa yang boleh saya katakan, biar peminat tentukan kredibiliti saya dan pelakon lain dalam filem ini. Tanggungjawab kami sudah selesai, kini peminat pula untuk memberikan pandangan terhadap mutu filem ini. Diharap semua dapat menikmati kelainan yang ada di dalam filem "Don 2" ini nanti.
Terima kasih, Shahrukh Khan. Selamat berjaya!
Sama-sama dan terima kasih juga.



credit to yahoo news

No comments:

Post a Comment