Pembebasan Anwar menjadi nadi kekuatan untuk polisi Pakatan |
Oleh Yow Hong Chieh
ALOR SETAR, 14 Jan — Pakatan Rakyat (PR)
memperoleh publisiti yang meluas ekoran pembebasan Anwar Ibrahim Isnin
lalu dan menyasarkan untuk menjadi kunci kemenangan kumpulan pengundi
ketika Konvensyen Nasional di sini hari ini.
Perikatan yang menguasai empat negeri ketika pilihan raya 2008
berkumpul di sini untuk persiapan terakhir mereka menjelang pilihan raya
yang dijangka tahun ini.
“Kita mesti cepat mengambil kesempatan di atas momentum tersebut
(yang diterima daripada pembebasan) dan membina kepercayaan terhadap
parti,” demikian menurut Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Dzulkefly
Ahmad kepada The Malaysian Insider.
“Kami berharap akan mendapat peluang dalam media arus perdana dan media baru,” katanya.
Pakatan pembangkang berkenaan memfokus kepada empat perkara pokok
iaitu, perkhidmatan awam, Felda, monopoli dan ekonomi termasuk hubungan
antara kerajaan pusat dan negeri -pada konvensyen ketiga mereka di sini
esok.
Difahamkan PR berharap untuk menarik pengundi Melayu, kakitangan
awam, golongan pekerja, dan Malaysia Timur, blok pengundi besar untuk
menguasai Putrajaya dalam pilihan raya akan datang.
Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli berkata, isu berkenaan telah di
bawa oleh manifesto Buku Jingga sebelum ini, dan PR menggunakan
konvensyen berkenaan untuk penjelasan lebih lanjut terhadap sesetengah
polisi.
BERITA SEMASA DAN BERITA TERKINI
BERITA SEMASA DAN BERITA TERKINI
“Kami akan mengenal pasti lebih lanjut mekanisme untuk melaksanakan polisi berkenaan,” katanya kepada The Malaysian Insider.
“Konvensyen pertama, kami membentangkan prinsip utama. Konvensyen
yang kedua, kami melihat pelan perancangan, dan kami akan menyelak
semula pada konvensyen ketiga ini.”
Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad menjelaskan, PKR
berharap agar pengisian polisi ini dapat meyakinkan pengundi bahawa
“Pakatan serius untuk membentuk kerajaan.”
Dzulkefly menambah, adalah menjadi satu keutamaan untuk
memperkemaskan empat polisi terbabit supaya masyarakat sedar dan tidak
diselubungi “kesalahfahaman dan tersalah anggap.”
“Kami tidak menguasai media arus perdana, jadi sekiranya kami tidak
membangkitkan perkara ini, rakyat tidak akan dapat pemahaman yang
lanjut,” tambahnya.
Ahli Parlimen Kuala Lumpur turut mengutarakan cadangan agar wakil
bukan politik dibenarkan untuk berucap dalam konvensyen tersebut.
Setiausaha Antarabangsa DAP, Liew Chin Tong hari ini berkata perkara
ini adalah demi menunjukkan keoada pengundi bahawa PKR bukan sekadar
mensasarkan menawan Putrajaya, malah turut berusaha untuk memuaskan
aspirasi rakyat.
“Ini bukan sekadar perkara berkaitan parti sahaja, tetapi pendemokrasian dan institusi nasional yang lebih baik,” desaknya.
source: yahoo news
No comments:
Post a Comment