Harian Metro: Setempat

Berita Harian: Nasional

Utusan Online

BERNAMA - BERITA UTAMA

Sinar Harian: Nasional

Malaysiakini :: BERITA UTAMA

Harakah Daily: Berita Utama

Top News - NST

Top Stories - Google News

Latest Malaysia News | Malaysia News Headlines – Yahoo! Malaysia News

Tahun 2012 Lebih Mencabar Buat Penjawat Awam - Muhyiddin

PUTRAJAYA, 9 Jan (Bernama) -- Tahun 2012 bakal menjadi tahun lebih mencabar buat penjawat awam dalam memastikan segala peruntukan, program serta dasar kerajaan dapat dilaksanakan dengan lebih sempurna.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu, penjawat awam perlu menentukan peruntukan besar yang diputuskan dalam Belanjawan negara tahun ini dapat diurus tadbir dengan baik.

"Dalam situasi tidak menentu maka tugas dan tanggungjawab penjawat awam menjadi lebih utama dan penting, tahun lepas penting juga tetapi tahun ini lebih penting," katanya sempena Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di sini pada Isnin.

Beliau berkata beban tugas dan tangungjawab penjawat awam kini lebih besar iaitu bagi memastikan kesan perbelanjaan peruntukan itu dapat memberikan impak untuk meningkatkan taraf hidup rakyat.

"Kita tahu rakyat berada dalam keadaan lebih sukar, kenaikan kos hidup sudah mula terasa sebab itu Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) telah mengambil langkah berani dengan memberikan tumpuan dan perhatian bagaimana beban hidup rakyat dapat dikurangkan," katanya.

Justeru itu, Muhyiddin berkata pelbagai program dilaksanakan, di Kementerian Pelajaran misalnya, lebih setengah bilion diperuntukkan bagi membiayai pelbagai program antaranya bantuan awal persekolahan, baucer buku RM200 untuk pelajar Tingkatan 6, matrikulasi dan universiti.

"Kita perlu memastikan tidak ada kesan-kesan sampingan lain yang boleh menyebabkan rakyat rasa tidak puas hati, sebaliknya rakyat harus rasa lebih lega kerana kelegaan rakyat itu menjadi ukuran kepuasan kita sebagai penjawat awam," katanya.

BERITA SEMASA DAN BERITA TERKINI

Beliau menjelaskan untuk memberi impak yang lebih besar kepada rakyat, satu lagi perkara yang tidak boleh diabaikan ialah tanggungjawab dalam menentukan kerjasama dengan pengusaha, industri dan sektor swasta.

Dalam program transformasi nasional umpamanya, yang menjadi pemaju ekonomi negara pada tahun akan datang ialah sektor swasta, bermakna penjawat awam terlibat secara langsung dan tidak langsung untuk menentukan sektor swasta berperanan lebih berkesan, katanya.

"Menjadi tugas kita untuk mencari jalan dan berikhtiar bagaimana proses kerja yang mendukung sektor swasta dapat dipermudah dan mengurangkan kos berniaga, ini telah lama dikenal pasti sebagai inisiatif yang perlu dilakukan bagi membolehkan sektor swasta menggerakkan program dengan cepat," katanya.

Muhyiddin berkata adalah menjadi harapan semua agar tahun ini menjadi tahun yang pertumbuhan ekonominya terus meningkat dan selesa; rakyat boleh bersatu; dan tidak ada perkara yang boleh mencetuskan ketidakstabilan politik yang boleh memberi kesan kepada rakyat.
source: 
-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment