Harian Metro: Setempat

Berita Harian: Nasional

Utusan Online

BERNAMA - BERITA UTAMA

Sinar Harian: Nasional

Malaysiakini :: BERITA UTAMA

Harakah Daily: Berita Utama

Top News - NST

Top Stories - Google News

Latest Malaysia News | Malaysia News Headlines – Yahoo! Malaysia News

Pemimpin DAP Patut Terima Bintang Kebesaran Raja Melayu - Perwakilan DAP

SHAH ALAM, 8 Jan (Bernama) -- Seorang perwakilan DAP Selangor mencadangkan pemimpin-pemimpin parti itu supaya melakukan anjakan paradigma dengan menerima Darjah dan Bintang Kebesaran yang dikurniakan oleh Raja-Raja Melayu.

Anggota Dewan Undangan Negeri Sekinchan, Ng Suee Lim berkata perubahan itu perlu bagi membuktikan bahawa DAP tidak anti-Islam, anti-Melayu dan anti Institusi Raja Melayu.

"Sampai masa pemimpin DAP seperti Karpal Singh dan Dr Chen Man Hin ... mereka patut terima Darjah Kebesaran Raja Melayu," katanya semasa membahaskan Laporan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (JTP) di Persidangan Kebangsaan DAP 2012 di sini.

BERITA SEMASA DAN BERITA TERKINI

Beliau berkata walaupun alasan pemimpin-pemimpin DAP enggan menerima Darjah Kebesaran ini kerana mereka masih berkhidmat dengan parti tetapi tanggapan itu perlu diubah.

Sementara itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng semasa menggulung perbahasan laporan JTP itu, berkata pakatan pembangkang perlu memenangi 18 atau satu pertiga daripada 56 kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak bagi menawan Putrajaya.

Beliau juga meminta pemimpin-pemimpin DAP berusaha meningkatkan sokongan pengundi Melayu kepada DAP melebihi 30 peratus daripada daftar pengundi di kawasan masing-masing.
sumber:
-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment