Keputusan mahkamah bukti Putrajaya perlu hentikan politik kotor terhadap Anwar, kata HRW |
Oleh Syed Mu’az Syed Putra
KUALA LUMPUR, 9 Jan — Putrajaya perlu
berhenti menggunakan “politik kotor” terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim
seteleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepaskan beliau, membuktikan kes
liwat itu tidak sepatutnya dibawa ke mahkamah, kata Pemerhati Hak Asasi,
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Diah hari ini memutuskan
Anwar, Ketua Umum PKR dan Ahli Parlimen Permatang Pauh tidak bersalah
atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari
Azlan tiga tahun lalu.
Mohd Zabidin membuat keputusan itu atas alasan tiada keterangan yang menyokong keterangan Mohd Saiful.
“Anwar telah dibebaskan atas tuduhan yang dikenakan terhadapnya, sesuatu yang tidak sepatutnya dibawa ke mahkamah.
“Semoga keputusan ini memberi satu mesej kepada kerajaan untuk
menghentikan perkara ini,” kata Timbalan Pengarah Pemerhati Hak Asasi
Manusia Wilayah Asia, Phil Robertson di dalam satu kenyataan hari ini.
Semasa mengumumkan keputusan itu, Mohd Zabidin berkata pihak pendakwaan gagal membuktikan Anwar telah meliwat Mohd Saiful.
“Mahkamah tidak boleh memastikan sama ada sampel DNA telah diusik.
“Oleh itu tertuduh dibebaskan,” katanya.
Keputusan itu diraikan keluarga Anwar dan penyokong parti itu.
Berikutan keputusan itu, dijangkakan sokongan terhadap Anwar dan Pakatan Rakyat akan meningkat.
Ini pertuduhan liwat kedua yang dihadapi Anwar. Pada 2000, beliau didakwa meliwat pemandu Azizan Abu Bakar.
Anwar disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman penjara sembilan
tahun oleh Makkamah Tinggi, tetapi empat tahun kemudian Mahkamah
Persekutuan menolak sabitan itu dan mengetepikan hukuman penjara.
source: yahoo news
No comments:
Post a Comment