Harian Metro: Setempat

Berita Harian: Nasional

Utusan Online

BERNAMA - BERITA UTAMA

Sinar Harian: Nasional

Malaysiakini :: BERITA UTAMA

Harakah Daily: Berita Utama

Top News - NST

Top Stories - Google News

Latest Malaysia News | Malaysia News Headlines – Yahoo! Malaysia News

Perhimpunan Dicemari Insiden Letupan

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Tiga letupan berlaku berhampiran kompleks mahkamah di Jalan Duta di sini selepas Mahkamah Tinggi memberi keputusan kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin, mengakibatkan tiga orang awam cedera.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian tiga letupan itu dan menyebabkan tiga orang awam tercedera dan beberapa kerosakan awam.

"Kita masih menyiasat kejadian itu," katanya.

Dalam letupan pertama pada 10.40 pagi dipercayai bahan letupan buatan sendiri menggunakan bebola besi diletakkan di dalam kon, berdekatan lampu isyarat laluan masuk ke kawasan kompleks mahkamah.

Letupan itu menyebabkan sebuah kereta polis Perodua Kembara rosak serta dua lelaki cedera ringan pada bahagian muka.

Letupan kedua belaku 10 minit kemudian berhampiran pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB), bersebelahan pusat penjaja Selera Duta dan seorang lelaki yang berada berdekatan cedera di tangan.

Letupan ketiga berlaku pada 10.55 pagi berhampiran kompleks kerajaan di Jalan Duta menyebabkan orang ramai gempar dan bertempiaran lari.

Polis berkata semua mangsa telah dibawa ke klinik berdekatan untuk rawatan.

Disebabkan insiden itu, polis mengarahkan 4,500 penyokong Anwar bersurai daripada kawasan perhimpunan berkenaan pada 11.05 pagi kerana keadaan didapati tidak selamat.

BERITA SEMASA DAN BERITA TERKINI
 
Menurut saksi, Abdullah Zawawi, 32, letupan kedua berlaku dengan pantas ketika beliau sedang mengambil gambar penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Saya sempat ambil gambar selepas letupan yang berlaku dalam sebuah tong sampah. Masih sempat nampak percikan api dan asap," katanya kepada Bernama.

Peniaga gerai makan, Mohd Tajudin Adam, 53, berkata letupan kedua itu adalah paling kuat dan kejadian berlaku berdekatan gerai beliau menjual makanan.

"Ketika itu saya sedang melayan pelanggan dan apabila letupan berlaku saya terus lari tinggalkan van serta gerai saya. Telinga saya masih berdenggung lagi ni rasa macam nak pekak akibat bunyi letupan itu," katanya.

Jumaat lepas polis membenarkan kumpulan penyokong Anwar untuk berhimpun di tempat letak kereta dekat Kompleks mahkamah, Jalan Duta dengan mengenakan 10 syarat bagi menjaga kententeraman awam.

Segelintir daripada kira-kira 4,000 penyokong Anwar dilihat melakukan provokasi terhadap sekumpulan anggota badan bukan kerajaan (NGO) yang membantah perhimpunan itu, dengan membuat bising menjerit slogan parti mereka dan membawa sepanduk serta kain rentang.

Turut diedarkan kepada penyokong yang berkumpul itu ialah topeng muka Anwar dan penjualan t-shirt RM20 sehelai, yang tertulis "Bebas Anwar".

Sehingga Ahad, polis menerima sebanyak 1,190 laporan yang dibuat oleh pelbagai pihak membantah perhimpunan itu.

 
source: 
-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment