Pakatan: 100,000 akan berkumpul di mahkamah, lebih banyak perhimpunan akan menyusul |
Oleh Shannon Teoh
PETALING JAYA, 3 Jan — Pakatan Rakyat hari ini
berkata akan mengumpulkan seramai 100,00 orang pada Isnin depan untuk
memberikan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi
Kuala Lumpur yang akan mengumumkan keputusan salah laku liwat.
Timbalan Presiden PKR Azmin Ali (gambar) berkata
pakatan pembangkang bersetuju untuk menggerakkan dan berkumpul di
Kompleks Mahkaham Jalan Duta walaupun polis telah mengeluarkan arahan
keras untuk tidak mengadakan perhimpunan semasa keputusan diumumkan yang
telah mengambil masa dua tahun.
“Sistem kita begitu rapuh, kita perlu menjangka senario terburuk.
Bersama PAS dan DAP kami akan mengumpul 100,000 orang di mahkamah untuk
memberikan sokongan kami kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim,” kata Ahli
Parlimen Gombak ini.
Beliau juga mengingatkan perhimpunan awam akan diteruskan sehingga
pilihan raya umum jika bekas timbalan perdana menteri itu didapati
bersalah.
“Kami akan teruskan. Perhimpunan sama akan diadakan di Pulau Pinang
pada sebelah malam. Jika beliau dibebaskan maka Anwar akan diraikan di
negerinya. Jika tidak kami akan ke Pulau Pinang untuk menuntut tuntutan
kami,” katanya.
BERITA SEMASA DAN BERITA TERKINI
BERITA SEMASA DAN BERITA TERKINI
Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman juga berkata parti Islam itu
akan menyeru setiap kawasan untuk menggerakkan dan “walaupun mereka di
Sabah dan Sarawak mahu menyertainya.”
Anwar dituduh melibat bekas pembantunya, dakwaan yang mana beliau
telah menafikan sekeras-kerasnya, selain mengatakan ia adalah agenda
untuk memusnahkan karier politiknya.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mendengar hujah penutup dari 8
Disember hingga 15 Disember dan akan mengumumkan keputusan pada Isnin
ini.
Harapan ketua pembangkang itu untuk bergelar perdana menteri mungkin
akan musnah sekiranya mahkamah memutuskan beliau bersalah yang akan
membawa hukumum penjara maksimum 20 tahun.
Azmin menyifatkan tuduhan liwat itu sebagai “konspirasi berbahaya”
namun menegaskan hari ini “rancangan Pakatan Rakyat tidak akan
tergelincir dan akan dipilih menerajui kerajaan pusat selepas ini.”
Anwar sebelum ini dijatuhkan hukuman penjara sembilan tahun pada 2000
tetapi Mahkamah Persekutuan mengubah keputusan pada 2004 dan
membenarkan beliau mengetuai kempen pilihan raya 2008.
Pada pilihan raya itu pakatan pembangkang menafikan kemenangan dua
pertiga Barisan Nasional (BN) di Parlimen dan menawan lima negeri.
source: yahoo news
No comments:
Post a Comment